About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
I wish I was an octopus.
so I could hug 10 people at a time. ♥
MizanYusuf Mizan.Yusuf Mizan.Yusuf

Friday, March 20, 2009

Tak Faham Bahasa

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan."Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"


Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!"


Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!Pelajar : Terima kasih cikgu.Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu.Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?Pelajar : Balik ke rumah!!


Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu..."Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis."Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara."Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu."Nak sarapan!" balas si anak pendek.


p/s : jwpn cam munguk... haha. ( sekadar berjenaka )

No comments: